http://keyphochee.blogspot.com/2011/06/ga-kisah-klasik-kita.html |
Kisah klasik kami :
Kami bertemu buat kali pertama sewaktu saya yang ketika itu bekerja dengan sebuah syarikat swasta diberi amanah untuk menggantikan pegawai senior menemuduga pekerja baru.Dan Suhaimy bin Salim itu adalah salah seorang calon untuk saya temuduga ;) Kelakar bukan??? Dia yang ketika itu baru menerima VSS (Voluntarily Separation Scheme) akibat penutupan sebuah kilang Jepun di Bangi saya ambil bekerja atas faktor pengalaman.Ketika itu hubungan adalah atas dasar pihak pengurusan dan staff.Peristiwa ke-2 adalah ketika dia berjumpa saya untuk urusan pembelian kereta (saya menguruskan dokumen2 yang diperlukan) dan dari situ kami bertukar no.telefon atas alasan dia nak belanja saya makan jika loan keretanya lulus.Dan janjinya ditepati.Sejak itu kami berkawan.
Masih saya ingat ajakannya untuk menemaninya ke rumah makciknya di Cheras kerana nak g umrah (saya membawa rakan ikut serta) dan itulah pertama kali saya bertemu ibunya yang kini adalah mak mertua saya.Dan ketika itu juga ibunya telah salah anggap hubungan kami..meminta kami cepat bertunang di depan saudara maranya yang lain!Kata ibunya lagi berkenan sangat dengan saya.Merah padam muka saya ketika itu.Hahaha..Serius waktu itu kami hanya berkawan.Tak lebih dari itu.Dan dia meminta maaf sepanjang perjalanan pulang.Yang gentlenya dia datang beraya kerumah saya bertemu abah saya dan meminta untuk membawa saya keluar.Saya membawa hampir 8 orang anak-anak kecil (anak jiran, sepupu, anak sepupu, adik2 saya) untuk menemani saya keluar.Hahahaa..di situ nampak kesabarannya dalam melayani setiap karenah anak-anak itu.Membelanja mereka semua makan dan menonton wayang.Kopaklah duit dia hari tuh ;P Dan dia melamar saya sewaktu menghantar kami pulang.Saya menjawab sambil bergurau 'Kalau betul, tanyalah abah..hantar rombongan'.Kami kenal, bertunang dan melangsungkan perkahwinan dalam tempoh tak sampaipun setahun (xsempat bercinta pun).Bak kata org, dah jodoh xkemana.Kini kami bahagia melayari bahtera perkahwinan bersama 2 orang permata hati yang comel. :)
Fuhhh..lega.Dah siap!En.juri, tolong nilaikan dengan baik okey ;P
x sanggup nak masuk...kisah kami bukan romantika tp kesah berdarah:-(
ReplyDeleteGud Luck ye ayu...
thanx sudi join...sangat gentleman...best gitu..
ReplyDeletegud luck!
ReplyDeletejom join ga saya pulak :)
http://luvnabilndamia.blogspot.com/2011/06/2nd-giveaway-by-anim.html
jom join sparklemaneh.blogspot.com/2011/06/my-kitchen-my-rulescontest.html
ReplyDelete