Ini adalah gambar yang ditangkap semasa birthday party dua puteri saya.Time ni dapat saya rasakan yang anak-anak semakin membesar dan saya pasti akan merindui detik-detik manis melahirkan dan menjaga mereka semasa bayi.Kenangan terindah yang xmungkin luput dari ingatan saya.
Ini pula adalah gambar kenangan 2007 sewaktu kami (suami isteri) dianugerahkan satu lagi tanggungjawab dengan dikurniakan seorang permata hati yang bijak, keletah dan comel.Kehadirannya menyinari rumahtangga kami dengan gelak tawa, senyuman dan telatahnya yang sungguh menghiburkan.Walaupun saat itu kami baru setahun jagung melayari bahtera percintaan/perkahwinan (saya bunting pelamin) dengan umur yang masing-masing masih muda namun kami terima anugerah istimewa ini dengan kesyukuran yang teramat.Sesungguhnya dialah pelengkap hidup saya sebagai seorang wanita sempurna (menjadi isteri dan ibu)
Pic ini menunjukkan betapa kasih sayang tiada sempadan.Biarpun kehadiran si adik dalam jarak yang agak dekat dengan usia si kakak namun saya tidak melihat adanya perasaan dengki atau cemburu melampau pada kakak apatah lagi dia amat menyayangi adiknya.Dan itulah yang saya sematkan dalam dirinya bahawa 'kita mesti sentiasa menyayangi keluarga'
Diberikan seorang suami yang bertanggungjawab dan memahami, dikurniakan anak-anak yang comel dan bijak, mempunyai sebuah keluarga yang bahagia adalah cukup buat saya.Sesungguhnya tiada kata yang mampu terucap melainkan ' SAYA SAYANG FAMILY SAYA'
Saya tag 3 orang sahabat saya yang bahagia:
Zura ibu habib
Sha ibu aiz
Yan mama marissa
Antara produk Dezaman Cottage yang saya suka adalah :
KSM Paris Slimming Patch (Jun Gong)
Dan........Cardigan Murah
No comments:
Post a Comment