My Little Miracle

Thursday, June 9, 2011

Contest : Saya Sayang Anak Perempuan Saya Kerana.......

Saya nak join contest ni sebab saya memang sayang sangat-sangat kat anak perempuan saya (xde anak lelaki.hihihi) Contest ni dianjurkan oleh MAS sempena ulangtahun birthday anaknya yang ke 2 tahun.(sebayalah ngan aisya). To Aliff Zafran..happy belated birthday.Semoga sentiasa dalam lindungan Allah, dipanjangkan umur, diberikan kesihatan yang baik dan diberkati selalu.Jadi anak yang soleh ya'

'Saya sayang anak perempuan saya kerana mereka adalah 'nyawa' saya.Mereka melengkapkan kehidupan saya sebagai seorang wanita yang sempurna.Merekalah yang menjadi 'guru terbaik' dalam saya melalui kehidupan seorang ibu.Pengalaman yang telah mereka beri kepada saya adalah memori yang paling indah dan tidak akan pernah dapat saya lupakan seumur hidup saya.Merekalah buah hati, bunga cinta, penyeri, penguat dan pelengkap kehidupan kami suami isteri.Senyuman dan gelak tawa mereka adalah penawar kedukaan dan kesakitan saya.Gelagat dan telatah mereka adalah 'wayang' dalam kehidupan saya.Aireen...aisya ibu sayang sangat pada kamu!'

Inilah buah hati pengarang jantung saya ;

Pada yang berminat nak join. silalah klik DI SINI . tarikh tutup 13 jun 2011. K, Gud luck semua!

1 comment:

  1. santeq gmbr nih..

    mai la join http://sparklemaneh.blogspot.com/2011/06/contest-mata-menawan.html

    ReplyDelete